Cara Pelaburan

Ada beberapa Cara Pelaburan Emas



1.   Simpan untuk beberapa tahun dan jual bila perlu

Pelaburan komoditi emas sentiasa memberi pulangan yang menguntungkan setiap tahun. Membeli dan menyimpan emas ketika harga murah dan menjual ketika harga meningkat naik adalah langkah yang sangat bijak. Berikut adalah panduan dan contoh pelaburan membeli dan menjual kembali.
Contoh 1:
Pada tahun May 2011 anda beli 10gm emas 999 dengan harga RM154/gm
Maka 10gm X RM154 = RM1540
Kini pada Jun 2011 harga emas meningkat kepada 177/gm (naik  14%)  
Nilai emas anda meningkat kepada 10gm X 177gm = RM1770
Kiraan untung
RM1770 – RM1540 = RM230
Untung RM230 untuk simpanan 10gm emas 999 selama 1 tahun dan 2 bulan


Contoh 2
Pada tahun Nov 2007 anda beli 10gm emas 999 dengan harga RM109/gm
Maka 10gm X RM109 = RM1090
Kini pada Jun 2011 harga emas meningkat kepada 177/gm (naik  63%)  
Nilai emas anda meningkat kepada 10gm X 177gm = RM1770
Kiraan untung
RM1770 – RM1090 = RM680
Untung RM680 untuk simpanan 10gm emas 999 selama 3 tahun dan 7 bulan




2. Pelaburan Gadaian Ar Rahnu Bank Rakyat

Skim gadaian Ar Rahnu Bank Rakyat adalah skim gadaian yang paling popular di kalangan penggadai di Malaysia. Kadar bayaran upah simpan yang rendah, kadar pinjaman yang diberikan tinggi dan perubahan harga gadaian emas yang di kemas kini setiap hari menarik minat penggadai untuk memilih Bank Rakyat sebagai gadaian Ar Rahnu. Berikut adalah panduan contoh gadian Ar Rahnu Bank Rakyat.
 
Pada  Jan 2011 anda beli 10gm emas 999 dengan harga RM160/gm
Maka 10gm X RM160 = RM1600. 
RM1600 adalah nilai Mahrum
-          Untuk gadaian kali pertama anda diberi wang pinjaman sebanyak 65%
o   Formula wang pinjaman – Nilai Mahrum (keseluruhan nilai gadaian) X 65%
§  RM1600 X 65% = RM1040 sebagai wang pinjaman (tunai anda akan miliki)
§  Bakinya 35% iaitu RM560 akan disimpan oleh pihak Bank Rakyat
§  Anda dikehendaki membayar upah simpan sebanyak RM12 sebulan atau
RM72 untuk 6 bulan

 (kiraan upah simpan untuk sebulan : bagi nilai mahrum melebihi RM1000 dan pinjaman sebanyak 65% maka kiraan upah simpan adalah : Nilai Mahrum / 100 X 0.75 ATAU pinjaman sebanyak 70% maka kiraan upah simpan adalah : Nilai Mahrum / 100 X 0.85  )






Enam bulan kemudian

Pada Jun 2011 setelah harga emas meningkat kepada RM177/gm anda menilai semula pinjaman anda.
Maka 10gm X RM177 = RM1770. 
RM1770 adalah nilai Mahrum
-         Untuk gadaian kali kedua anda diberi wang pinjaman sebanyak 70%
o   Formula wang pinjaman – Nilai Mahrum (keseluruhan nilai gadaian) X 70%
§  RM1600 X 70% = RM1239 sebagai wang pinjaman (tunai anda akan miliki)
§  Bakinya 30% iaitu RM531 akan disimpan oleh pihak Bank Rakyat
§  Anda dikehendaki membayar upah simpan sebanyak RM15.04 sebulan atau
RM 90.27 untuk 6 bulan

 (kiraan upah simpan untuk sebulan : bagi nilai mahrum melebihi RM1000 dan pinjaman sebanyak 65% maka kiraan upah simpan adalah : Nilai Mahrum / 100 X 0.75 ATAU bagi nilai mahrum melebihi RM1000 dan pinjaman sebanyak 70% maka kiraan upah simpan adalah : Nilai Mahrum / 100 X 0.85  )



Kiraan untung bersih selepas nilai semula

1.      Pada Jan 2011 anda terima tunai RM1040 dan sehingga Jun 2011 anda juga terhutang RM72 untuk upah simpan emas. Maka disini anda mempunyai hutang keseluruhan berjumlah RM1112 (RM1040 (wang pinjaman) + RM72 (Upah simpan untuk 6 bulan) )
2.      Pada Jun 2011 anda menilai semula emas anda dan menerima wang tunai sebanyak RM1239.
Maka RM1239 – RM1112 = RM127
RM127 adalah keuntungan bersih untuk simpanan emas 10gm selama eman bulan